Saturday 1 November 2014

Lawatan LPM semasa Saringan Linus

LAPORAN BERGAMBAR
LAWATAN LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA SEMASA SARINGAN LISAN LINUS 2.0
(28 SEPTEMBER 2014)



Gambar 1



Gambar 2

  1. Ketua LPM membincangkan hasil dapatan Saringan Linus yang diperolehi bagi muridTahun 2 Bestari.
  2. Komen positif dan membina daripada pihak LPM membantu mengatasi kelemahan dan kekurangan cara pentadbiran akan datang.Lawatan disertai oleh 3 pegawai LPM dari JPN dan 4 orang pegawai fasilinus PPD Papar.
  3. Guru yang terlibat dalam perbincangan ialah guru-guru numerasi iaitu Pn Suara Losoh, Pn Maznah Mariamin, Pn Noriah Samin dan Pn Fatimah Mohd Ali (Penyelia Petang).
  4. Hasil dapatan : Lihat Lampiran.


Sunday 8 September 2013

Program Literasi dan Numerasi




LINUS ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening) LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan numerasi di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah LINUS disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.



Pentadbir sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam program Linus SK Pengalat Besar memandang serius terhadap pelaksanaannya di sekolah. Keutamaan perhatian diberikan kepada murid-murid Tahun 1, murid tegar dan linus tahun 2 serta tahun 3. Program ini seharusnya diterangkan kepada ibu bapa agar mereka faham bahawa langkah kementerian untuk membasmi murid yang buta huruf dan nombor adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.



Kerjasama antara ibu bapa dan guru-guru Linus di sekolah sangat penting untuk memastikan murid-murid yang terlibat dalam program ini mendapat kesinambungan belajar di rumah. Guru-guru Linus di sekolah sentiasa ingin memastikan murid-murid ini dicakna dan diberi tunjuk ajar secukupnya agar mereka tidak berasa tersisih daripada rakan-rakan yang lain. 



Sehubungan dengan itu, Blog linus SK Pengalat Besar Papar ini dibina sebagai rujukan kepada guru-guru Linus sekolah ini sendiri dan sebagai perkongsian kepada guru-guru atau ibu bapa di luar sana yang ingin mengetahui perkembangan semasa aktiviti Linus sekolah kami, peningkatan dan pencapaian murid Linus serta beberapa program dan aktiviti terlibat. Untuk memastikan kualiti dan peningkatan dalam Program Linus ini di sekolah, saya sudi menerima maklum balas dan komen berkaitan penambahbaikan pengajaran atau kendiri untuk kebaikan dan perbincangan bersama. Akhir sekali, diucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang mengunjungi blog ini.



Laporan Bimbingan Berfokus Bulanan